This is what you need to read !

My photo
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Friday, January 20, 2012

Kita hadiahkan doa dia untuk kita, untuk awak !

Assalamu'alaikum warahmatullah .

Tiada apa yang menggembirakan hati kita dalam sesebuah ukhuwwah melainkan melihat sahabat-sahabat kita turut bangkit untuk sama-sama berjuang menegakkan tiang agama Islam .

Sungguh tau, kita tak tipu ! 
Sebab kita dah rasa, alhamdulillah .
Kita story ya . ^-^

Kita ada seorang sahabat. Yang dah lama sangat kita kenal, sejak tahun dua lagi. 
Dulu, kita rapat sangat ngan dia. Sangat-sangat rapat, selalu pergi rumah dia.
Then sejak masuk sekolah menengah, kita dah tak berapa nak rapat. Sebab kelas kita asing-asing tau.

Pada suatu petang yang hening, angin berhembus sepoi-sepoi bahasa sehingga meliuk-lentokkan daun-daun pokok kelapa di belakang rumah kita.
Kita yang tengah duduk menghadap laptop yang baru je nak on, tiba-tiba terkejut.
Handphone kita berbunyi.
"Eh, ada mesej la . Eh, nombor siapa ni? Tak kenal la ." kata kita dalam hati.
Lalu kita pun terus tekan kekunci nak baca sms tu.

"Salam . Adibah, awak eh?" Macam tu la lebih kurangnya isi mesej tu.
Ya, kita Adibah . Lepas tu, penghantar tu memperkenalkan dirinya kat kita .
Eh, sahabat kita la ! Hehe, dia dah tukar nombor phone baharu rupanya .


Dan...
Tiba-tiba ada suatu soalan yang tak disangka-sangka dia tanya kat kita .
Tentang solat .
Husnuzhon, husnuzhon ! Gembira dah kita ni, sebab sahabat tanya hal yang berkaitan dengan agama .
Pasal solat, agama la kan ? Tiang agama .
Ya Allah, sungguh kita gembira sangat-sangat dengan soalan dia.
Seperti, mahu berubah kepada yang lebih baik berbanding sebelumnya .

Firman Allah: “Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang kamu kasih tetapi hanya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki.” (Surah Al-Qasas ayat 56).

Apabila berbicara tentang 'berubah kepada yang lebih baik', sahabat-sahabat pasti mampu mentafsir kan, bagaimana kehidupan 'zaman gelap' sebelum hijrah seseorang tu ?
Kita pun pernah, jadi kita tak malu nak story pun..
Sebab tanpa zaman jahiliyyah tu, takkan adanya hijrah dalam diri kita pada hari ini.


Zaman Gelap Hitam pekat, contohnya....
* Solat tak, kalau ya pun tak cukup lima waktu
* Aurat tak jaga, apatah lagi nak tutup dengan sempurna
* Pergaulan dengan lelaki ajnabi, tak kisah. Tepuk tampar ikut suka
* Puasa, biar cukup 30 hari, solat tetap tinggal
-tak payah nak tengok-tengok amalan sunat, basic sebagai seorang Islam pun tak cukup, rukun Islam tunggang langgang, amalan wajib lagi tinggal-

Sahabat kita cakap, "Saya fikir, kalau saya tak ubah diri saya hari ini, bila lagi saya nak berubah? Nak tanya kawan yang lain, oh no. Saya masih baru lagi ni. Tiba-tiba teringat awak, nasib baik saya ada salin nombor handphone awak dalam buku."

Subhanallah ! Kita sangat gembira tau.
Ya, memang betul apa yang sahabat kita cakap . Kita sokong ! Sebab...

Kalau kita sentiasa rasa hidup kita masih lama, still nak hidup dengan agama tapi tak mengamalkan ajarannya, niat nak bertaubat hanya bila dah tua, akhirnya kelak kita akan menyesal. Kenapa? Sebab kita tak tau kita hidup sampai tua ke tak, sempat ke tak nak bertaubat ? Mati tu, PASTI !

Mungkin sahabat-sahabat tak dapat rasa kegembiraan kita ni .
Mungkin sahabat-sahabat tak dapat nak faham. apa sebenarnya kaitan hal ni dengan betapa terharunya kita sampai mengalir air mata.
Tapi, Allah.. Sungguh la, kita sangat-sangat-sangat gembira, dan terharu.

Kenapa?
Sebab kita kenal sahabat kita .
 Kita tahu macam mana kehidupan dia . 
Kita tahu macam mana sikap dia . 
Kita tahu macam mana sifat dia .
 Kita tahu banyak tentang dia .
Dan niat bersulam usaha dia untuk jadi lebih baik, kita dapat rasa !


RABBANA LA TUZIGH QULUBANA BA’DA IZ HADAITANA WAHAB LANA MIL LADUNKA RAHMAH, INNAKA ANTAL WAHAB.
“YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU JADIKAN HATI KAMI CONDONG KEPADA KESESATAN SESUDAH ENGKAU BERI PETUNJUK KEPADA KAMI, DAN KARUNIAKANLAH KEPADA KAMI RAHMAT DARI SISI ENGKAU; KARENA SESUNGGUHNYA ENGKAU-LAH MAHA PEMBERI (KARUNIA)”.

Kita bangga dengan sahabat kita tau. Sangat-sangat bangga !
Sebab...
Kita bukan nak mengata, mengumpat atau mengutuk .
Tapi apa-apa perkara yang tak elok, kita jadikan tarbiah untuk menjauhkan kita daripada perkara mazmumah tersebut.
Ya, realiti kehidupan zaman sekarang...
Kalau kita tengok sekeliling kita, ahli keluarga kita. Sahabat-sahabat kita, saudara-mara kita..
Berapa ramai yang istiqomah menegakkan tiang agama?
Berapa ramai yang menekankan peripentingnya solat dalam kehidupan?
Aspek solat sahaja, bagaimana dengan yang lain ?
Tak perlu tengok benda lain, solat itu dahulu yang perlu dilihat, perlu kira, perlu nilai.
Sebab, bagaimana amalan lain nak diterima sedangkan ibadat utama rosak ?
Wallahu'alam, akhir zaman.

Dan dalam keadaan sekeliling yang kita sama-sama rasai dengan sahabat kita.
Dalam keadaan sekeliling yang sangat kurang menyokong 'jihad' di jalan Allah di akhir zaman ini.
Sememangnya sangat sukar !
Dan kerana itulah, kita bangga dengan sahabat kita.
Kita terharu, kita gembira !
Yang paling penting, kita bersyukur !
Alhamdulillah wasyukurillah .

Dan buatmu sahabatku..
Kita hadiahkan awak doa dia untuk kita, untuk awak !
"Tuhan... Dakaplah erat-erat dirinya, agar dia tak pernah rasa ingin meninggalkan-Mu walaupun ditinggalkan sekalian makhluk. Baluti hatinya dengan kesucian-Mu agar dia tak pernah dikotori walaupun di sekelilingnya dipenuhi coretan hitam maksiat. Dan sertailah setiap langkahnya, agar dia sentiasa dituntun ke arah sabil-Mu walaupun dalam kembaranya ditaburi dengan duri-duri ujian yang menyakitkan. Peliharalah sahabatku kerana Engkaulah sebaik-baik pemelihara. Allahumma ameen ." 

1 comment:

Syahira Hamdan said...

masyaAllah kak.bagusnya.Allahu Allah :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Istimewanya Wanita :')

‎.♥ Lembut wanita kerna senyuman..
.♥ Cekal wanita kerana keberanian..
.♥ Patuh wanita kerana kesetiaan..
.♥ Sabar wanita kerana imannya..
.♥ Kasih wanita kerana belaian..
.♥ Lemah wanita kerana airmatanya..
.♥ Ikhlas wanita kerana simpatinya..
.♥ Pendam wanita kerana cemburunya..
.♥ Tanpa wanita lelaki lemah..
.♥ Kerana wanita jugalah lelaki kalah..