This is what you need to read !

My photo
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Wednesday, January 25, 2012

Kalimah UKHUWWAH FILLAH ikatan simpul mati antara kita !

Assalamu'alaikum warahmatullah .


First of all, kita nak cakap yang kita kecewa. Sangat kecewa ! Sebak sampai rasa speechless tak tahu nak kata apa. Banyak persoalan yang main-main berlari pusing pusing main lompat katak dalam kepala ni. Seorang sahabat kita ada masalah, dengar-dengar masalahnya, ya Allah subhanallah masya-Allah rumitnya susahnya . Sukarnya untuk kita ceritakan balik storykan balik, selak-selak balik lembaran masalah tu satu persatu !
Biarkan part tu...

The worse part was bila sahabat kita ceritakan satu lagi masalah dia. "Ana dah takda kawan dah. Ana takda kawan untuk kongsi masalah ni. Ana sedih. Ana ada enti je sekarang ni. Enti jangan tinggalkan ana tau. Bila ada kawan ana yang tahu masalah ana, dorang lari. Dorang pandang serong kat ana. Ya, ana memang dah buat salah, tapi kita nak berubah balik jadi yang lebih baik. Tapi dorang tak kasi ana peluang. Dorang tak nak kawan ngan ana dah." Kira-kira begitulah bunyinya luahan sahabat kita apabila kita kumpul-kumpulkan. 

 Sabarlah sahabatku , aku takkan pergi meninggalkanmu selagi diizinkan Allah !
Kerana ukhuwwah kita berdiri atas kalimah UKHUWWAH FILLAH . Allahukbar !


BILA BERCAKAP TENTANG UKHUWWAH ! 
Kata orang tak elok mempersoalkan, tapi kita tetap nak persoalkan !
Kenapa orang selalu cakap tak serupa bikin ?
Kenapa orang selalu ada masa sahabat dia gembira ?
Kenapa orang selalu pergi lari time sahabat dia berduka ?




Kata ukhuwwah FILLAH , tapi apa ertinya kalau waktu suka gembira ketawa sahabat, tak kira siapa datang bertandang berkongsi cerita, waktu pahit perih duka tangis sahabat, mulalah mencari tempat bersembunyi, tutup muka tutup mata tak nak mendengar luahan sahabat ?
Jadi apa ertinya UKHUWWAH FILLAH itu ? Kata kerana Allah . Jangan permainkan nama Allah, kelak kita yang dipermainkan Allah . Na'udzubillah min zalik !
Konklusinya, bicara biarlah serupa bikin. Kalau dah kata awal-awal lagi ukhuwwah fillah, buatlah cara ukhuwwah fillah. Insya-Allah .
Apa-apapun, sebaik-baik hubungan yang dibina ialah kerana Allah SWT ! Allahuakbar ! ♥




♥ Kalau kita rasa sahabat kita kecewakan kita, ingat balik yang kita pun mungkin pernah kecewakan dia.
♥ Kalau kita rasa sahabat kita buat perkara yang kita tak suka, ingat balik kita pun mungkin pernah buat perkara yang dia tak suka.
♥ Kalau kita rasa sahabat kita sakitkan hati kita, ingat balik kita pun mungkin pernah sakitkan hati dia.


Orang selalu cakap, "Kalau kau makan aiskrim, aku pun nak makan aiskrim dengan kau. Kalau kau terjun bangunan, terjun la sorang-sorang, aku tak nak mati lagi !"
Bukankah lebih baik kalau kita cakap "Kalau kau terjun bangunan, aku lari cepat-cepat nak halang kau, tak pun aku sambut kau dengan tilam kat bawah bangunan ."

Buat awak yang bergelar sahabat... ♥
Kalau saya yang nak buat benda yang tak elok di sisi syarak, halanglah diri ini. Andai awak terlambat dan saya sudah melakukannya, selamatkanlah saya daripada hanyut lebih jauh .
Buat awak yang bergelar sahabat... ♥
Andai kiranya awak tersalah menghitung perbuatan kurang elok tu sebagai perbuatan yang baik, izinkan saya menyedarkan awak. Andai kiranya saya terlambat dan awak sudah melakukannya, berilah peluang pada saya untuk menyelamatkan awak daripada hanyut lebih jauh.

Insya-Allah . Saya sayang awak, kalau awak tak nak saya tinggalkan awak, biarkan awak, benci awak, macam tu jugak la saya tak nak awak tinggalkan saya, biarkan saya dan tinggalkan saya .

Kalimah UKHUWWAH FILLAH ikatan simpul mati antara kita !

Ini khas untuk awak, sahabat fillah wa daiman fi qalbi ! ♥

1 comment:

Syahira Hamdan said...

mereka tak pernah kenal erti ukhwah , kerna itu mereka beranggapan sedemikian. namun, usah kita ambil hati dgn ucapan bait kata mereka, kerana kita lah yg membina mahligai ukhwah fillah . kita , mereka sama-sama strive to mardhatillah.insyaAllah :)

#nota hati#

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Istimewanya Wanita :')

‎.♥ Lembut wanita kerna senyuman..
.♥ Cekal wanita kerana keberanian..
.♥ Patuh wanita kerana kesetiaan..
.♥ Sabar wanita kerana imannya..
.♥ Kasih wanita kerana belaian..
.♥ Lemah wanita kerana airmatanya..
.♥ Ikhlas wanita kerana simpatinya..
.♥ Pendam wanita kerana cemburunya..
.♥ Tanpa wanita lelaki lemah..
.♥ Kerana wanita jugalah lelaki kalah..