This is what you need to read !

My photo
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Saturday, March 10, 2012

Panadol Actifast ? Terima Sebagai Penghapus Dosa

Assalamu'alaikum warahmatullah .
Sahabat sahabat , andai rasa diri tu tak sihat , makan ubat ya . ^-^
Doa jangan lupa , tawakal juga .
Kalau sakit , jangan nakal-nakal , nanti ada yang tak tenang .
Hehe , contohnya ibu kita tak tenang kalau kita tak sihat . ^-^
Jadi kesimpulannya jaga kesihatan !
Kalau sakit , nanti ada yang tak tenang . :p

Fii aman Allah 'ala kulli hal . 
♥ Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ♥

-bukan ini yang kita nak cakap sebenarnya hehe-



First of all , senyum sebelum teruskan membaca . Alhamdulillah .
Secondly , kita ada soalan nak tanya sahabat . Pernah rasa sakit kan sahabat semua ? 

Sakit kepala , sakit perut , sakit kaki , sakit pinggang , sakit hati
Sakit hati itu lain cerita , tapi kita nak cakap pasal sakit fizikal ni .  Pernahkah sahabat ?
Kita nak bagi pesanan kat sahabat semua , kalau sakit nak buat apa ? Berserah sahaja tawakkal'alallah ? TIDAK ! Jika tanpa usaha atau ikhtiar .
Jadi , kita sarankan sahabat makanlah ubat Panadol Actifast , memberi kelegaan selama 8 jam ! Hehe .
Kadang-kadang ada orang akan cakap ,
"Aku tak nak makan ubat . Aku berserah je pada Allah ." 
Naaa , itu salah ! Ubat itu ikhtiar untuk menyembuhkan rasa sakit kita . Dengan bergantung sepenuh pengharapan pada Allah , bukan pada ubat . Kita harap sahabat faham , perlu ada ikhtiar . 

 
Ubat kena makan . Allah kata , "Aku suka hamba-hamba yang berusaha."

 
Jadi maksudnya apa ? Makanlah ubat kalau sakit , itu kan usaha , itu kan ikhtiar
Jangan lupa basmallah jangan lupa selawat , yang menyembuhkan kita itu Allah .

Siapa yang dapat tolong kita selain Allah ? 

 
No one , nothing ! Allah is the Most Merciful !

Itu la yang kita nak sampaikan kat sahabat-sahabat melalui penulisan entri kali ini .


Lagi sahabat , kita nak bagitau tau . Sakit tu bukan sekadar sakit . Tapi , sakit itu adalah proses tarbiyah buat diri kita . Buat diri sahabat juga . 
Belajar nikmat sihat, daripada sebuah kesakitan. Sebab tu tak selama-lamanya kita sihat, dan tak selama-lamanya kita sakit . Allah knows best !
Belajar nikmat bahagia, daripada sebuah kesedihan . Sebab tu tak selama-lamanya kita bahagia, dan tak selama-lamanya kita sedih . Allah knows best !


Lagi pula , sakit itu indahhh tau ! Sebabnya ? Nah , bacalah hadis Rasulullah s.a.w ini , pemimpin ummah sepanjang zaman !


Daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w.bersabda: "Tidak menimpa seorang
Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan
kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Cara Allah mentarbiyah itu unik . Mentarbiyah kita hamba yang lemah untuk bersyukur. ^-^
Jadi sekarang, ucapkan  alhamdulillah wasyukurillah, syukran Allah ! 



Segala kesakitan , terima sebagai penghapus dosa .
Segala dugaan , terima sebagai penghapus dosa .
Segala kepahitan , terima sebagai penghapus dosa .
Segala derita , terima sebagai penghapus dosa .
Get well soon kepada yang kurang sihat , fizikal dan mental ! ^^

Muhasabah muhasabah .
♥ Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ♥

♥ selawat ♥

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Istimewanya Wanita :')

‎.♥ Lembut wanita kerna senyuman..
.♥ Cekal wanita kerana keberanian..
.♥ Patuh wanita kerana kesetiaan..
.♥ Sabar wanita kerana imannya..
.♥ Kasih wanita kerana belaian..
.♥ Lemah wanita kerana airmatanya..
.♥ Ikhlas wanita kerana simpatinya..
.♥ Pendam wanita kerana cemburunya..
.♥ Tanpa wanita lelaki lemah..
.♥ Kerana wanita jugalah lelaki kalah..