This is what you need to read !

My photo
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Friday, January 13, 2012

Tiga jawapan Allah untukmu, wahai hamba !


"Ya Allah ! Bantu aku, aku sakit. Aku sedih ! Aku derita !"
Sering itu yang engkau luahkan saat jiwa terluka
Sering itu yang engkau luahkan saat hati kecewa
La tahzan ya qalbi... La tahzan ya nafsi ...
Kerana Dia adalah Allah, kerana Dia adalah Allah
Selalu orang berkata, "Innallahama'ana"
Sesungguhnya Allah bersama kita...
Ya, Allah ada bersama kita. Malah dekat !

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”(Al Baqarah: 186)
Maka, engkau tadahkanlah kedua tanganmu...
Pohonlah pertolongan daripada Tuhan-Mu...
Jangan sesekali dirimu lupa, bahawa kepada Dia lah kembali segala masalah...
Kerana Dia lah juga Pencipta kepada masalahmu...
Kalau bisa kuperbetulkan, yang menimpamu itu bukan masalah...
Wahai hamba...
Apa yang kau kira sebagai masalah itu pada hakikatnya adalah mehnah...
Untuk mengujimu, apakah engkau benar bersama agama-Nya ?
Bila Allah makbulkan doamu, maka sesungguhnya Dia menyayangimu.
Kerana Allah itu Maha Penyayang...
Bila Allah lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin menguji kesabaranmu.

Bila Allah tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang yang lebih baik untukmu.
Kerana Allah Maha Mengetahu baik buruk segala sesuatu untukmu ...
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang..." [Al-Baqarah : 45]

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Kesimpulannya, berbaik sangkalah kepada Allah ! ^-^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Istimewanya Wanita :')

‎.♥ Lembut wanita kerna senyuman..
.♥ Cekal wanita kerana keberanian..
.♥ Patuh wanita kerana kesetiaan..
.♥ Sabar wanita kerana imannya..
.♥ Kasih wanita kerana belaian..
.♥ Lemah wanita kerana airmatanya..
.♥ Ikhlas wanita kerana simpatinya..
.♥ Pendam wanita kerana cemburunya..
.♥ Tanpa wanita lelaki lemah..
.♥ Kerana wanita jugalah lelaki kalah..