This is what you need to read !

My photo
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Sunday, January 15, 2012

Kaitkan Muslimah Bertudung Labuh Dengan Title 'USTAZAH'?

Assalamu'alaikum warahmatullah. Tersebutlah sebuah kisah...


Hari ini kita pergi bandar dengan mak. Subhanallah, gembiranya hati ini ! :) 
Tak nak berlengah sebab mak cakap "Cepat-cepat sayang. Mak tak nak tunggu lama-lama."
Mak dah lama siap, kita je yang baru lepas mandi.
Tak sempat nak iron baju. Pantas tudung labuh hitam ditarik ! Dipakai, dan siap.
"Mak, adik dah siap !"

Hari ni first time kita keluar ke bandar pakai tudung labuh yang berjahit.
Alhamdulillah, seronoknya ! Sebab kalau kat luar, tak takut sangat nak pakai. 
Kalau kat sekolah ? Hmm.. Segan sikit, takut pun ada.
Sebelum ni kalau keluar pergi bandar, kita pakai tudung bidang 60 yang kena guna pin tu je.
Tapi hari ni, mengukir sejarah. Ek? Insya-Allah.


Tiba di sebuah kedai.... Kita dan mak tengah pilih-pilih kain.
Hajat di hati nak hadiahkan sepasang baju kurung untuk kakak kita.
Dan pada masa dan ketika itulah, satu jeritan kecil terdengar dari arah belakang.
"Ya Allah !"
Pantas kita dan mak menoleh.
"Eh, awak Dewi? Panjang umur kita bertemu di sini." ujar mak.
Tapi, mata itu memandang kita tau. Sekali lagi insan di hadapan menjerit kecil.
"Ya Allah, ustazah !"
Dalam hati kita ni cakap, "Sabar ye sabar ye. Biasalah tu."

Mak ketawa perlahan, dan meneruskan perbualan.
Kita senyum je tengok Mak Cik Dewi yang berbual ngan mak.
Tapi mata dia asyik tengok kita je. Huhuhu.. Sebenarnya kita takut sangat masa tu ! 
Kita takut, disebabkan tudung labuh kita, mak malu sebab orang asyik tegur je.
Orang asyik nak TERkejut je. Orang asyik nak tengok-tengok je. 
Kita takut la mak TERsedih ke, TERmalu ke degan teguran, kejutan dan mata-mata yang melihat tu.
Kita sedih ni, serius !

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim." [Al-Hujuraat :11]

Sungguh la.. Kita memang TAK NAK bersangka buruk kat dia.
Sungguh tak nak ! Tapi....

Lepas tu, Mak Cik Dewi cakap kat mak.
"Alhamdulillah, dah ada anak ustazah ni." Dia jeling kita tau.
Kita tunduk, tak tau nak rasa apa. Nak rasa suka ataupun tak suka. Huhuhu.
Kita tak nak la sangka buruk kan kan kan. Tak baik !
Sebab suara dia tak meyakinkan yang dia macam memuji, lebih kepada menyindir bunyinya. Huuu...
HUSNUZHON !!!!!

Ucapan salam diucapkan kepada Mak Cik Dewi sebab aku dan mak pergi kedai lain pulak.
Jumpa pulak kawan mak yang seorang, pekedai lelaki dari Pakistan.
Dia tengok kita, betul-betul tengok kita.
Lepas tu dia tanya, "Cikgu, ini siapa? Anak kamu kah cikgu?"
Mak jawab, dah kita memang anak dia kan. ^-^ Tarik senyum sikit.
Pekedai Pakistan tu nama dia Ilyas. Ilyas tanya lagi...
"Anak kamu betul-betulkah anak angkat?"
Dushhhhh ! Macam kena tampar je muka kita tau. Kita senyap je..
Mak jawab "Anak betul la."
Ilyas cakap, "Macam ustazah la anak kamu, cikgu. Kamu tidak pakai tudung besar."
Eh eh eh ! Sebentar ! Biarlah mak kita tak pakai tudung besar pun, janji mak kita tak pakai tudung singkat tau !
Aish, sesedap oren je dia mengata kan? Depan-depan pulak tu. Ishh, tapi belakang kita pun tak elok tau !
Lepas tu, mak ketawa. "Dia memang suka nak jadi ustazah, Ilyas."
"Kenapa anak kamu kecik-kecik sudah pakai tudung besar? Badan kecik, tudung besar." Tanya Ilyas.
Eh, tolong sikit ! Badan kita tak kecik la. Kita tak slim, tapi harus diingatkan yang kita tak gemuk !
Mak diam, tak jawab. Kita lagi la diam je, tak berkutik. Statik satu tempat.
Kemudian Ilyas menyambung.. "Baguslah, nanti jadi ustazah."
Kita senyum, cakap "Insya-Allah."

to be continued...

Cerita dah tamat !
See.. Semua bagi title ustazah kan untuk muslimah-muslimah bertudung labuh macam kita?
Mak Cik Dewi pun cakap kita ustazah, Pak Cik Ilyas pun cakap kita ustazah.
Bukan dorang berdua je tau. Banyak lagi orang-orang sekeliling tegur kita macam tu. Junior-junior kat sekolah pun macam tu jugak. Sedih ni, serius !

Tapi, yang nak kita cakap bukan pasal kita sedih. 
Cuma, macam tak berapa nak betul kalau kita nak kaitkan gelaran ustazah tu dengan orang yang bertudung labuh. Sebab...

BUKAN SEMUA YANG BERTUDUNG LABUH ITU USTAZAH, TAPI USTAZAH PASTI SEMUA BERTUDUNG LABUH. [wallahu'alam]

Jadi, awak nak bagi kita title USTAZAH LAGI sebab bertudung labuh ni?
Kita tak kisah !

Kita bukan ustazah. Kita student lagi. Kita pakai tudung labuh bukan nak tunjuk beriman, tau. 
Kita pakai tudung labuh bukan nak tunjuk kita alim.
Kita pakai tudung labuh bukan nak tunjuk kita pandai.
Kita bukan ustazah pun, tapi insya-Allah ada rezeki kita nak jugak jadi seorang ustazah.
Kita pakai tudung labuh bukan sebab kita alim tau, tapi kita nak jadi seorang yang alim, dan kita tengah belajar nak jadi seorang yang alim. Maksudnya, mengetahui. Mengetahui banyak tentang agama dan tuntutannya serta mengamalkan apa yang kita ketahui dengan istiqomah. Insya-Allah!

Jadi, awak nak bagi kita title USTAZAH LAGI sebab bertudung labuh ni?
Kita tak kisah !

Ada orang cakap, "Kolot la! Ustazah konon." 
Kadang-kadang ada jugak yang cakap, "Skema pakai tudung labuh ! Macam ustazah-ustazah, padahal ilmu tak tinggi mana."
Dan ada, "Tak perlu la pakai tudung labuh. Kau bukan budak baik sangat nak jadi 'ustazah tak pilihan'."

Untuk orang yang cakap kita kolot tu...
Kita nak rakamkan banyak-banyak ucapan terima kasih !
Sebab, buat kita makin sedar yang kadang-kadang kolot macam ni ada baiknya untuk kita tau.
Nak tahu kenapa? Hehe, kita tanya pulak...
Sebab...
BIARLAH KOLOT DENGAN TUDUNG YANG LABUH MACAM ZAMAN PARA ANBIYA, PAKAIAN JE PUN. ASALKAN TAK KOLOT DENGAN PEMIKIRAN YANG SUKA TUNJUK AURAT MACAM PAKAI PAKAIAN AKHIR ZAMAN.
Tak pakai tudung pun takpa, asalkan tutup aurat. Kita tak mengata tau, kita janji.
Tapi, aurat bukan sekadar badan tangan kaki kita. Suara ni pun haaa.
Jangan la sesedap aiskrim Vanilla je nak mengata kita. 
Kita sedih tau, serius !

Jadi, awak nak bagi kita title USTAZAH LAGI sebab bertudung labuh ni?
Kita tak kisah !

Buat yang cakap kita skema pulak...
Alhamdulillah, kita dipertemukan dengan awak yang cakap kita skema.
Sebab awak betul-betul buat kita sedar yang kita dah buat pilihan yang SANGAT TEPAT dengan tudung labuh ni. 
Yelah, kita dah betul ikut skema, kan?
SKEMA ALLAH DAN RASULULLAH.
Wah, seronoknya ! ^-^ 

Jadi, awak nak bagi kita title USTAZAH LAGI sebab bertudung labuh ni?
Kita tak kisah !

Dan bagi yang cakap kita bukan budak baik sangat nak pakai tudung labuh tu...
Kita nak mintak maaf sebab mungkin kita pernah terasa hati dengan awak. Tapi...
Jangan risau, kita okey dah pun !
Sebabnya, kita dah jumpa solutionnya tau.
Betul la awak cakap tu, kita memang bukan budak baik sangat nak pakai tudung labuh.
Awak makin buat kita sedar yang kita sekali lagi memang buat keputusan yang SANGAT TEPAT nak pakai tudung labuh ni.
Sebab...
TUDUNG LABUH INI LAH MEDIUM YANG BAGUS UNTUK JADI PENDIDIK KITA !
Dengan tudung labuh ni, kita rasa sangat-sangat terjaga tau. Suka !
Lagi sebab, dengan kesedaran kita yang pakai tudung labuh ni la, kita akan berubah jadi baik sedikit demi sedikit.
Walaupun pada permulaannya, kita bukanlah 'orang yang baik sangat' macam awak cakap tu.
Contohnya...
Bila kita sedar kita pakai tudung labuh, kita rasa kita patut bersopan santun. Beradab dengan orang yang lebih tua, dan buat baik dengan yang lebih muda.
Bak kata-kata yang kita selalu cakap tu, HORMATI YANG TUA, JANGAN KURANG AJAR DENGAN YANG MUDA. 
Bila kita sedar yang kita pakai tudung labuh, kita automatik akan jaga pergaulan dengan yang bukan mahram tau, lepas tu kita automatik akan jaga pandangan. Lagi, kita automatik akan jaga perkataan kita. Tak adanya keluar perkataan yang tak elok dah. Pertuturan. percakapan semua benda baik je. Sikit-sikit kita akan berubah menjadi lebih baik !
SEBAB THERE'S ALWAYS ROOM OF IMPROVEMENT ! 

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "
[Surah Al-Ahzab : Ayat 59]

Jadi, awak nak bagi kita title USTAZAH LAGI sebab bertudung labuh ni?
Kita tak kisah !

9 comments:

shinbeichan said...

SubhanAllah....entry yg sgt menarik...
ana pn slalu kne mcm nie..walaupon dh hmpir setahun bertudung labuh tp kdg2 still ade hamba Allah yg berasakn ana x layak pakai tdung labuh sbb ilmu agama ana x selabuh tdung ana...
x semestinyenye yg bertudung labuh tu ustazah kn??
ana bertudung labuh sebab Allah..sebab nk jge akhlak..InsyaAllah smua yg kita lakukan dirahmati Allah...jzk ntuk ntry yg sgt bermakna..^_^

Nur' Adibah As-Safa said...

Salam'alaik. ^-^ Alhamdulillah,jazakillah khairan ukhti sebab sudi baca entri blog ana. ^-^
ye ukhti, setuju dengan ukhti, bertudung labuh untuk jaga akhlak.
tapi tudung labuh tu memang bukan ukuran ukhti LABUHNYA pengetahuan seseorang tentang ilmu agama, betul tak ? :)
Sebab kalau bab tudung labuh ni, niat nak tutup aurat dengan sempurna. Dan kalau tudung yang lepas dada pun dah rasa tutup aurat sempurna, kita nak lagi sempurna. Lagi terjaga, haa tu yang pakai tudung labuh, kan.. Dengan tudung labuh, sungguh kita rasa lagi terdidik la, tudung tu sendiri yang boleh jadi pendidik kat kita. Insya-Allah . :)

Salam ukhuwwah !

pelangi kasih said...

salam ukhti...
post yg sngt2 menarik...
ana t'tarik sngt2...
bile pakai tudung labuh nie, ana sendri rse selamat, perlunyer kite jge akhlak kite bile kite pakai tudung labuh... bkn mksud ana kalu pkai tudung slain tudung labuh x jge akhlak... tpi dgn pakai tdung labuh, kite sndri tau ape yg dirasai... adik ana skrang sdang b'istiqamah dgn memakai purdah... dlm niat, t'ingin jgak... ape2 pun mabruk ya ukhti... ^_^

fnaMaya said...

dunia akhir zaman .. skrg dah terbalik .bila kita memakai mengikut syariat islam yg sebenarbenarnya - org aakn judge kite baik la alim la dan bla bla bla ..dan org akan pandang kita pelik semacam ja ...

tapi dioarang tak pandang pelik pula pd org-org yg tak menutup aurat dan bla bla . . pelik dunia skrg ni ...

semoga berkekalan ;)

p/s: sy bukan perempuan yg memakai tudung labuh tapi sy suka org pakai tudung labuh . doakan utk sy ;)
salam ukhuwah

AnA ImTiYaZ.. said...

xpe org kata kita ustazah..
dr org mencemuh kita dgn perkataan2 xbaik kn..^_^

Tinta Nurani said...

::. Islam bermula dengan asing dan kembali pada asing...itu yang kita nampak pada islam sekarang.. Sunnatullah, suatu hari nanti islam akan kembali gemilang semula. subhannallah dek tu lah tanda iman dan islam yang ada pada hambaNya :. Semoga istiqomah dalam beramal.. Subhannallah, Kalau Rasulullah lihat adk...Rasulullah akan tersenyum..^-^ kerana dik melaksanakan syariatNya..
Mabruk dik...
Semoga tsabat di jalanNya..

Musafir Cinta Ilahi said...

nice entry..tudung labuh itu sbgai pelindung diri dan keselesaan si pemakai..rasa selamat bila bertudung labuh ni..semoga istiqomah yer ukhti, kirim salam, assalamualaikum kat mak =)

umairah safiyyah said...

Assalamualaikum..

baca entry pasal sahabat membuatkan saya teringat akn diri saya. Allah

semua orang nak gelar kite ustazah..ntah nada mereka macam nak menyindir je :), yang sedihnya golongan tersebut ada di antaranya adalah guru saya sendiri.saya cuba untuk bersangka baik.Ampunkan dosaku ya Allah.

tapi saya cuma senyum je buat muke cool tapi dalam hati hanya Allah yang tahu..

Alhamdulillah sehingga sekarang saya masih bertudung labuh. Cuma apa yang ingin saya tekankan di sini.mereka kata yang bertudung labuh
hanya untuk mereka yang tinggi ilmunya?tapi
ilmu padaku cuma sedikit..

Biarlah mereka nak kutuk kite sabab kite pakai tudung ni tapi ingat kite pakai tudung labuh sebab hanya untuk terik pandangan Allah bukan?saya tak prlukan pandangan mereka. (=

terus istiqamah..
p/s:kenapa saya tak boleh nak button follow kat blog awak eh?

umairah safiyyah said...

Alhamdulillah.boleh da follow. sory2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Istimewanya Wanita :')

‎.♥ Lembut wanita kerna senyuman..
.♥ Cekal wanita kerana keberanian..
.♥ Patuh wanita kerana kesetiaan..
.♥ Sabar wanita kerana imannya..
.♥ Kasih wanita kerana belaian..
.♥ Lemah wanita kerana airmatanya..
.♥ Ikhlas wanita kerana simpatinya..
.♥ Pendam wanita kerana cemburunya..
.♥ Tanpa wanita lelaki lemah..
.♥ Kerana wanita jugalah lelaki kalah..