This is what you need to read !

My photo
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Wednesday, April 4, 2012

Musibah bersulam seribu satu tarbiyah Allah I

Assalamu'alaikum warahmatullah .
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini,saya mampu menulis entri baharu buat tatapan para pembaca dan para sahabat . Moga entri kali ini mampu memberi manfaat kepada sekalian yang membaca . Allahumma ameen .
Baik, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . Tajuk entri kali ini "Musibah bersulam seribu satu tarbiyah" . Ada tak yang tertanya-tanya musibah apa ? Tarbiyah apa ? Bagaimana ? Dan sebagainya .. Andai tiada, tidak mengapa . Insya-Allah saya akan tetap terus mencoret tinta di sini . ^_^
Teruskan membaca !


Tanggal 1 April 2012 [sebaik masuk waktu Asar]
Mak : "Adik, dah azan . Pergi solat, lepas ni kita pergi kenduri tahlil ."
Adik : "Naaa, adik pun kena ikut jugak ke ?"
Mak : " Pergilah . Cikgu Sa'adiah dah berapa kali telefon suruh datang ."
Adik : "Baiklah ."

Walaupun hati saya berat tak nak pergi, sebab kenduri tentu ramai sangat orang kan, tapi saya tetap nak pergi dengan mak . Kalau bukan saya, siapa lagi nak temankan mak ? Kan kan ? Alhamdulillah .
Mogasaya dan para pembaca menjadi anak yang soleh dan solehah hendaknya . Allahumma ameen .

"Musibah bersulam seribu satu tarbiyah" .
Hendak dijadikan cerita, terjadilah suatu peristiwa yang pada pandangan mata kasarnya menyakitkan, tetapi pada rohaninya amat mendidik . Masya-Allah !

Hari tu, saya pergi kenduri dengan mak naik motosikal tau . Jadi, balik pun naik motosikal jugak la kan . Ingat lagi time nak pergi tu kan, mak suruh saya yang bawa moto, mak bonceng . Tapi, satu hal saya pakai skirt baju kurung, jadi nanti kalau saya yang pandu alamatnya terdedahlah aurat kaki saya, sebab bahagian dalam pun saya pakai skirt jugak kan . Mula-mula tu mak suruh cari seluar dan pakai kat bahagian dalam . Saya pergi ampaian cari seluar, jumpa ! Tapi bila nak pakai, rupa-rupanya yang disangkakan seluar tu skirt . Jadi saya tak nak buang masa, terus pakai jah la . Masa mak suruh saya pandu, ya sememangnya saya menolak . Then mak pandu la kan, saya bonceng . Duduk ala-ala orang perempuan zaman dulu naik motosikal . Yelah, tak nak kaki terdedah kan .
Balik daripada kenduri, mak juga yang pandu dan saya bonceng . Di tengah perjalanan ....
Malang tidak berbau ! Skirt yang saya pakai termasuk dalam putaran tayar belakang motosikal . Skirt terus bergumpal dengan putaran tayar tu, sekaligus menarik skirt dari badan saya . Memandangkan saya pakai skirt tu, makan badan saya pun tertarik sama ke bawah .
Mak menjerit "Ya Allah ! Adik, kenapa ni kenapa ? "Saya dah tak tahu nak fikir apa . Tayar dah gagal berpusing sebab skirt saya yang tersekat situ . Saya terjatuh ke bawah atas jalan yang tengah panas dek kerana sinaran matahari . Terheret sekejap, dan kemudian mak juga terjatuh, motor gagal bergerak lalu tumbang menimpa saya ngan mak sekali . Saya terbaring di atas jalan dengan kaki yang tergantung pada tayar . Allahuakbar ! Segalanya terjadi dalam sekelip mata ! In a blink of an eye . 
Dan sekelip mata itu jugalah yang mengosongkan otak saya, kosong ! Serius, saya dah tak dapat nak fikir apa-apa, minda gagal berfungsi dengan baik, gagal mencerna serta gagal menghadam segala apa yang berlaku depan mata . Segalanya mengejut !
Beberapa orang datang memberi bantuan . Mak cuba menolak motosikal yang menimpa kami namun gagal . Saya cuba melepaskan diri daripada tayar motosikal, namun juga gagal . Seorang lelaki tolong saya, tapi skirt saya memang tak dapat tarik lepas . Berserah kepada Allah, maka saya tanggalkan skirt yang tersekat di tayar daripada kaki saya . Syukur, saya ada skirt lain kat bahagian dalam . Syukur skirt itu tidak tersekat sama .
Dan, saya pun terlepas daripada motosikal . Lelaki itu cuba menolak motosikal yang menimpa saya dan mak, ya berjaya . Sekali lagi alhamdulillah wasyukurillah . 
Ramai juga orang datang melihat keadaan saya dan mak . Banyak suara bertanya "Awak okey?" "Boleh berjalan?" "Cuba tengok, ada luka?" "Angkat kain tu, periksa kaki ." dan macam macam lagi . Tapi saya ? Seriously wallahi speechless ! Tak dapat nak cakap apa-apa .

Baik, kisah ini saya sambung di entri dengan tajuk yang sama bahagian seterusnya . Pastikan sahabat baca ya ! Moga bermanfaat isnya-Allah . ^-^ 
Baik, sekarang kita selak tarbiyahnya .



Peristiwa ini, sungguh satu tarbiyah buat saya .
Pertamanya, taat kepada ibu . Bila untuk taat kepada ibu bapa ? Macam mana taat kepada ibu bapa ? Bagaimana kita taat ? Sejauh mana kita taat ? Seikhlas mana kita taat ? Tanya diri sendiri .
Mak saya, suruh saya cari seluar untuk pakai kat bahagian dalam, ya kan ? Ya, memang saya pergi mencari di ampaian . Nampak, dan saya ambik .
Tapi, bila sedar apa yang saya ambik tu sebenarnya bukan seluar tetapi skirt, saya tetap pakai jugak kan ? Tanpa mengendahkan kata-kata ibu yang suruh saya pakai seluar . Nah, di sinilah timbulnya masalah .
Kita taat, tapi sejauh mana kita taat ? Setakat mencari seluar di ampaian sahaja, mungkin ?
Tetapi bukan meneruskan ketaatan itu lebih jauh apabila menyedari apa yang saya ambil adalah skirt .
Ya, memang di sini kepincangannya yang perlu saya perbetulkan .
Sahabat, di sini bukanlah saya ingin mengaibkan diri sendiri, tetapi alangkah eloknya andai saya sendiri dan para sahabat yang membaca mengambil ibrah daripada peristiwa yang menimpa diri ini . Andai begitu, baguskan ? Insya-Allah . 
Maka ada baiknya muhasabah kembali diri saya, dan sahabat sendiri . Bila kita taat kepada ibu bapa kita ? Macam mana kita taat kepada ibu bapa kita ? Bagaimana kita taat ? Sejauh mana kita taat ? Seikhlas mana kita taat ?
Ingat, jangan ulangi kesilapan saya tanggal 1 April 2012.
Syukur alhamdulillah, ini tarbiyah daripada Allah .

Baik, keduanya juga sama . Taat kepada ibu bapa, atau dalam konteks kisah saya, taat kepada ibu . Mak saya ? Suruh saya yang pandu motosikal, dan mak yang bonceng . Tetapi, saya menolak . Kenapa ? Kerana alasan saya takut aurat terdedah . Ya, itu sememangnya wajar , aurat memang perlu dijaga . Tetapi masalahnya, ketidaktaatan kali ini adalah disebabkan ketidaktaatan kali pertama tadi. Nampak ?
Nah kan . Benarlah, taat kepada ibu itu penting ! Taat kepada ibu itu penting ! Taat kepada ibu itu penting ! Taat kepada bapa itu penting ! ^_^

Diriwayatkan dari Abu Hurairah, dia berkata, “Seorang lelaki pernah mendatangi Rasulullah, lalu dia berkata, ‘Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku perlakukan dengan baik?’ Rasulullah menjawab, ‘Ibumu.’ Lelaki itu bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Rasulullah menjawab, ‘Ibumu.’ Lelaki itu bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Rasulullah menjawab, ‘Ibumu.’ Lelaki itu bertanya (lagi), ‘Kemudian siapa lagi?’ Lelaki itu menjawab, ‘Bapakmu.’” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Redha Allah juga terletak pada redha ibu bapa . Harus diingat itu .

Ketiganya... Mudah ! Saya pernah dengar satu forum tau, sahabat saya yang join forum tu . Satu ayat yang saya tak pasti dorang dapat dari mana ..
"Masa itu ibarat pedang, jika tidak digunakan, ia akan memenggal kepalamu ." Sedap kan ?
Lets talk abaout time, sikit jah pun yang saya nak bagitahu ni . Masa, memang penting !
Tapi dalam kisah ni, saya tak nak buang masa cari seluar sekali lagi kat ampaian, tapi saya lupa dalam masa yang sama, saya sekaligus tidak taat kat mak . Huu, moga tidak berulang . Insya-Allah !
Seperti malu, harusnya bertempat, bukan ?
Maka begitu juga dengan mementingkan masa . Tak nak buang masa itu juga perlu bertempat . ^-^
Contohnya, kita banyak kerja nak kena buat . Then, kita juga perlu solat . Jadi kita tak boleh nak cakap, "Saya nak solat cepat-cepat sebab saya banyak kerja . Naa, itu bukan konsep taat ."
 Tanya diri sendiri !
Konklusinya, tak nak buang masa juga perlu bertempat !

Tarbiyah sudah tersingkap dalam entri ini, sambungan insya-Allah akan menyusul . Nampak sedikit, tapi pada hakikatnya bakal membawa impak yang besar dalam hidup kita ! ^-^
Moga kita sama-sama ditarbiyah . Allahumma ameen .

Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah !
Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah !
Mentarbiyah diri sendiri itu perlu, mentarbiyah orang lain itu harusssslah !
Amar makruf nahi mungkar insya-Allah !
Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah .

3 comments:

(^_^)~(n_n) said...

terbaik!! d simple things...tapi kita jarang perasan...

Ummu Sulaim said...

Assalamualaikum kak dibaa.Ha, laen kali dengar cakap mak ! hehe , takdelah :)

Alhamdulillah kak diba,ayat sis unik sekali.Sekaligus mengingatkan saya tentang diri saya sendiri.

Wallahu taala a'lam.

Nur' Adibah As-Safa said...

Wa'alaikumussalam warahmatullah . Alhamdulillah, insya-Alah, jazakillah tau syg sbb ingatkan akak . :) hihi macam mane yang unik tu ye ? tatau pulak akak . ^^ hehe apepun, alhamdulillah ! moga bermanfaat untuk setiap pembaca . Allahumma ameen . salam'alaik ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Istimewanya Wanita :')

‎.♥ Lembut wanita kerna senyuman..
.♥ Cekal wanita kerana keberanian..
.♥ Patuh wanita kerana kesetiaan..
.♥ Sabar wanita kerana imannya..
.♥ Kasih wanita kerana belaian..
.♥ Lemah wanita kerana airmatanya..
.♥ Ikhlas wanita kerana simpatinya..
.♥ Pendam wanita kerana cemburunya..
.♥ Tanpa wanita lelaki lemah..
.♥ Kerana wanita jugalah lelaki kalah..